Pelampau Yahudi Puji Cadangan Negara Baharu Palestin di Sinai

naftali-bennettTEL AVIV, 9 Sept 2014 (MEMO) — Pemimpin puak pelampau Zionis mengalu-alukan cadangan pemimpin Mesir, Abdel Fatah Al-Sisi, kepada Presiden Palestinian Authority, Mahmoud Abbas, untuk mendirikan sebuah negara bagi penduduk Palestin di Sinai.

Menteri Ekonomi Zionis, Naftali Bennett, yang mewakili parti politik bagi pendatang Yahudi di Tebing Barat menyebut bahawa usaha mewujudkan negara baharu itu menunjukkan bahawa konflik Palestin boleh diselesaikan tanpa ‘mengganggu’ wilayah yang dijajah sejak 1967. Bennett menyeru ahli-ahli politik berhaluan kanan supaya mengambil pendekatan yang dicadangkan oleh Al-Sisi bagi menyelesaikan masalah dengan Palestin, dan memastikan rejim Zionis dapat menguasai seluruh wilayah Tebing Barat dan al-Quds.

Sementara itu Menteri Perhubungan Gilad Erdan memuji inisiatif Al-Sisi dan menggelarnya sebagai satu cadangan yang inovatif dan harus dijayakan.

Manakala Menteri Sains, Yaakov Peri, mengalu-alukan cadangan tersebut di mana ia melambangkan sikap murah hati pihak Mesir dan menunjukkan bahawa negara rantau kini semakin menyokong rejim Zionis. Walau bagaimanapun beliau percaya rakyat Palestin tidak akan sekali-kali membenarkan pemimpin mereka bersetuju kepada cadangan seperti itu.

Kedua-dua pihak di Kaherah dan Ramallah menafikan maklumat berkaitan cadangan tersebut, namun media Zionis mengesahkan bahawa Benjamin Netanyahu dan kabinetnya telah mendapat maklumat penuh tentang hal ini. Cadangan itu dikatakan sebagai hasil rundingan di antara Mesir, rejim Zionis dan Amerika.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts