AL-QUDS, 2 Mac 2015 (IMEMC) — Kumpulan-kumpulan pelampau Yahudi yang dikaitkan dengan “Groups for the Temple Compound” menyeru penyokong mereka menyertai usaha menceroboh masuk ke dalam Masjid al-Aqsa pada hari Rabu dan Khamis depan bagi merayakan hari Purim.
Kumpulan tersebut telah menghantar seruan mereka melalui laman sosial media, supaya menceroboh masuk kawasan masjid dan melakukan ritual “Talmud” di situ. Beberapa kumpulan pelampau dijangka memimpin kempen ini, termasuklah “Trustees of the Temple”, “Women for the Temple”, “Students for the Temple”, “Third Temple Institute”, “Rabbis of Kiryat Arba”, dan beberapa lagi pemimpin politik dan kumpulan-kumpulan Yahudi.