Pelampau Yahudi Rancang Roboh As-Sakhra’

BAYT LAHM, 10 Dis 2015 (Maan) — Pertubuhan Temple Institute semalam mengundang aktivis Yahudi berhaluan kanan menyertai perarakan mendesak supaya Kubah as-Shakra’ di Masjid Al-Aqsa dirobohkan.

Temple Institute merupakan sebuah pertubuhan pelampau yang dihantui dengan agenda untuk membina Kuil Ketiga Yahudi di atas runtuhan Kubah as-Sakhra’ di Masjid Al-Aqsa.

Perarakan akan bermula di Dataran Zion di Al-Quds Barat dan bergerak menghala ke perkarangan Masjid Al-Aqsa, di mana mereka merancang untuk menyalakan lilin bersempena malam kelima perayaan cahaya Hanukkah.

Puluhan kemeja-T telah diedarkan, dengan cetakan “pembuangan sampah,” merujuk kepada kempen merobohkan as-Sakhra’ yang dilabel sebagai sampah.

Temple Institute dilaporkan menerima sokongan kewangan daripada Kementerian Pendidikan Zionis sebanyak 600,000 shekel (RM660,000) sejak lima tahun kebelakangan ini. Salah seorang pemimpin mereka adalah rabi pelampau, Yehuda Glick. Timbalan Menteri Perang Zionis, Eli Ben-Dahan, turut memberi sumbangan kewangan kepada mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts