Pelampau Yahudi Sambung Kempen Ceroboh Al-Aqsa

AL-QUDS, 2 Nov 2015 (IMEMC) — Pendatang Yahudi semalam menyambung semula aksi provokatif mereka menceroboh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa, sekaligus mempersenda kenyataan pemimpin mereka, Benjamin Netanyau, untuk mengekalkan status quo masjid ketig apaling suci bagi umat Islam itu.

Sekumpulan pendatang Yahudi yang dilindungi oleh pasukan polis telah menceroboh masuk melalui Pintu Moroko, sebelum mereka dihalang oleh para jemaah yang melaungkan takbir.

Sejak awal Oktober, keadaan di Masjid al-Aqsa dan seluruh wilayah Palestin menjadi tegang berikutan serangan berulang kali rejim Zionis dan pelampau Yahudi ke atas masjid tersebut, terutamanya apabila mereka berusaha untuk membahagikan masjid itu mengikut kawasan dan masa tertentu di antara orang Islam dan kaum Yahudi.

Sementara itu, laporan bertajuk “Fire under the Ashes: Provoking Muslims in Jerusalem” yang diterbitkan oleh Euro Mediterranean Human Rights Monitor (Euro-Med) menjelaskan bahawa hasutan dan pencabulan terhadap hak penduduk Palestin di Al-Quds meningkat secara dramatik pada tahun 2015. Laporan tersebut memberi amaran bakal timbulnya konflik yang buruk berikutan hasutan yang dibuat ke atas penduduk Palestin di Al-Quds.

Di antara tindakan provokatif ke atas umat Islam, menurut para pengkaji Euro-Med, termasuklah dengan mengerjakan ritual Talmud di kawasan orang Islam beribadah, menyerang dan memukul pada jemaah, membuang sampah dan kotoran, memaki dan menghina Rasulullah SAW, mengeluarkan ancaman bunuh dan juga menghalang para jemaah daripada memasuki masjid.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts