Pelampau Yahudi Serang Petani Palestin, Rampas Tuaian Zaitun

NABLUS, 1 Nov 2015 (PIC) — Segerombolan pendatang Yahudi semalam menyerang petani Palestin di bandar Burin di selatan Nablus dan merampasi hasil tuaian buah zaitun.

Pendatang Yahudi dari penempatan haram Yitzhar itu menyerang kebun milik penduduk Palestin dan membaling batu ke arah para petani yang sedang menuai buah zaitun. Mereka kemudian merampas hasil tuaian serta alat-alat yang digunakan oleh petani.

Tentera Zionis yang berada di tempat kejadian tidak mengambil sebarang tindakan, bahkan menghalang sebuah bas yang membawa aktivis luar negara daripada mendekati kawasan tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts