Pelampau Yahudi tebang 550 tanaman di Ramallah

RAMALLAH, 3 Apr 2019 — Gerombolan pelampau dari kalangan pendatang Yahudi menceroboh masuk kebun milik penduduk Palestin dan menebang 550 batang pokok termasuk tanaman anggur di perkamongan Deir Jarir, timur laut Ramallah.

Menurut pemilik kebun, Abdul-Dayim Ajaj, sebanyak 400 pokok anggur dan 150 pokok badam yang ditanam sejak lima tahun lalu telah dimusnahkan.

Gerombolan pendatang yang merempat di atas tanah penduduk Palestin di sekitar Ramallah itu turut menyonteng grafiti perkauman di tangki-tangki air.

Deir Jarir dan kawasan perkampungan sekitarnya sering diserang oleh pendatang Yahudi dari pos penemapatan haram Kokhav HaSharar, yang dibina di atas tanah penduduk Palestin. Selain menebang pokok, mereka juga membakar kebun serta menyerang dan mencuri ternakan.

Oleh kerana kerapnya serangan, polis dan tentera Zionis sebenarnya mengetahui nama serta maklumat penjenayah terbabit. Namun mereka tidak menangkap atau mendakwa mereka, sebaliknya menyerang penduduk Palestin bagi melindungi penjenayah tersebut.

(IMEMC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts