Pelarian Palestin di kem Khan al-Sheikh berhadapan dengan bencana kemanusiaan

BRUSSELS, 18 Okt 2016 (PIC) — Forum Doktor-Doktor Palestin di Eropah hari ini mengeluarkan satu kenyataan amaran tentang bencana kemanusiaan yang melanda kem pelarian Khan al-Sheikh di Damaskus, Syria.

Forum tersebut mengecam pihak yang terus menyerang kem pelarian Palestin itu, serta menyeru pihak antarabangsa campur tangan bagi menyelamatkan ribuan pelarian yang terperangkap. Mereka juga mendesak supaya pelarian Palestin yang dipaksa keluar dari kem tersebut diberi perlindungan.

Pelarian yang cedera dan sakit memerlukan laluan yang selamat dengan segera supaya boleh keluar bagi mendapatkan rawatan. Mereka turut mendesak disediakan laluan selamat bagi membawa masuk bantuan perubatan dan makanan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts