Pelatih Askar Yahudi Ceroboh Masjid Al-Aqsa

conscriptAL-QUDS, 9 Sept 2014 (Palinfo) — Sekitar 70 pelatih askar kerahan Yahudi menceroboh masuk ke perkarangan masjid al-Aqsa selepas para jemaah selesai menunaikan solat zuhur hari ini.

Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa dalam kenyataannya menyebut bahawa kumpulan pelatih yang lengkap dengan pakaian tentera Zionis itu mengadakan pencerobohan lengkap dengan kawalan oleh pasukan khas tentera.

Dalam kejadian berkaitan, 26 pendatang Yahudi mencemarkan masjid al-Aqsa dengan najis dan kotoran dalam dua kumpulan yang berbeza, satu kumpulan sebelum bermulanya solat zuhur dan satu lagi selepas solat zuhur. Mereka cuba menjalankan upacara keagamaan di situ tetapi dihalang oleh jemaah dan pengawal masjid.

Ratusan penduduk Islam al-Quds dan kawasan Palestin 1948 beriktikaf di dalam masjid setiap hari, terutama sekali pada waktu pagi. Mereka menjadi perisai untuk mempertahankan masjid al-Aqsa daripada perancangan jahat Yahudi. Yayasan menggesa negara Arab dan Islam supaya memainkan peranan mereka dalam mempertahankan masjid ketiga paling mulia bagi umat Islam itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts