Pemandu Bas Palestin Digantung Sampai Mati

AL-QUDS, 17 Nov 2014 (IMEMC) — Seorang pemandu bas dijumpai mati digantung menggunakan tali lehernya di dalam bas yang dipandunya. Kejadian tersebut berlaku di Givat Shaul, sebuah kawasan penempatan Yahudi.

Pemandu tersebut dikenali sebagai Hasan Yousef Rammouni, 32 tahun, yang berasal dari kejiranan at-Tour di al-Quds. Polis Zionis menuduh beliau telah membunuh diri, tetapi pemerhatian awal mendapati kesan tercekik yang jelas di bahagian leher beliau, di damping kesan-kesan pukulan di bahagian-bahagian lain pada badannya.

Jenazah beliau telah di bawa ke Hospital Hadassah di al-Quds sebelum dipindahkan ke Pusat Forensik Abu Kabeer.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts