Pemandu Palestin cedera ditembak selepas melanggar 3 askar Zionis

AKKA, 4 Mac 2018 — Seorang pemandu Palestin cedera ditembak oleh polis Zionis selepas beliau melanggar tiga askar Zionis berdekatan sebuah pasar di bandar Akka, dalam wilayah Palestin 1948 yang terjajah.

Tiga askar dilaporkan cedera dalam serangan langgar tersebut, di mana salah seorang daripada mereka dalam keadaan parah.

Pihak polis menembak pemandu berkenaan ketika beliau menghala ke stesen keretapi pusat Akka dan cuba melanggar mangsa-mangsa lain. Beliau kini dirawat di sebuah hospital dalam keadaan kritikal.

Susulan kejadian, polis Zionis menyerbu rumah keluarga beliau di perkampungan Shefa-‘Amr.

(PIC, IMEMC)

 

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts