AL-QUDS, 31 Jan 2016 (PIC) — Tentera Zionis menembak seorang lelaki Palestin yang disyaki cuba melakukan operasi melanggar tentera Zionis di kawasan penempatan haram Yahudi Mobeh Horon, berdekatan al-Quds.
Laporan media Zionis menyebut bahawa pihak tentera penjajah berjaya menghalang serangan tersebut apabila mangsa cedera parah ditembak ketika sedang memandu kenderaannya. Tidak ada sebarang kecederaan di pihak tentera Zionis.
Tuduhan serangan ini dibuat beberapa jam selepas tiga askar Zionis cedera ditembak oleh seorang pemuda Palestin di Ramallah.