Pemandu Palestin meninggal dunia ditembak tentera Zionis

AL-KHALIL, 18 Julai 2017 (Maan) — Tentera Zionis menembak seorang pemandu Palestin di persimpangan Beit Anoun berdekatan penempatan haram Kiryat Arba di utara al-Khalil tengahari tadi, selepas dituduh merempuh dan mencederakan dua orang askar.

Pemandu tersebut, Rafaat Nathmi Shukri Hirbawi, 29, cedera akibat tembakan dan meninggal dunia kemudiannya.

Tentera Zionis menutup semua laluan menuju ke tempat kejadian dan memasang sekatan jalan di laluan masuk bandar Bani Naim, menyekat pergerakan penduduk Palestin di kedua-dua arah. Ambulan Bulan Sabit Merah Palestin turut dihalang mendekati tempat kejadian.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts