BETHLEHEM, 22 Nov 2015 (Maan) — Seorang pemandu teksi Palestin ditembak mati apabila kenderaannya berlanggar dengan sebuah kereta lain di jalan utama berdekatan kawasan penempatan haram Yahudi di Kfar Adumin di tengah Tebing Barat.
Polis Zionis mendakwa pemandu teksi tersebut “keluar dari kereta beliau dengan membawa sebilah pisau dan kemudian ditembak mati” oleh seorang pendatang Yahudi.