Pembebasan jurnalis al-Qiq adalah kemenangan untuk Palestin

AL-KHALIL, 19 Mei 2016 (Maan) — Jurnalis Mohamed al-Qiq, 33, hari ini dibebaskan dari penjara Nafha setelah melakukan mogok lapar selama 94 hari bagi membantah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan ke atas beliau.

Beliau dibebaskan berdekatan kawasan penempatan haram Beit Hagai di selatan al-Khalil, di mana keluarga termasuk dua anak kecilnya menunggu di lintasan Mitar untuk menyambut beliau.

Lebih 500 penduduk Palesitn dikenakan tahanan pentadbiran, di mana mereka dipenjara tanpa sebarang pendakwaan mahupun pengadilan untuk tempoh enam bulan hanya dengan berdasarkan “bukti rahsia.” Tempoh tersebut boleh diperbaharui tanpa had.

Sekurang-kurangnya 43 jurnalis Palestin telah ditahan sejak Oktober lalu.

Jurucakap Hamas Hosam Badran dalam kenyataannya menyebut bahawa pembebasan Mohamed al-Qiq akan menguatkan lagi keazaman penduduk Palestin yang masih merengkok dalam penjara. “Pembebasan Mohamed al-Qiq adalah kemenangan untuk Palestin, bangsa Palestin, dan semua tahanan Palestin terutama sekali mereka yang dikenakan tahanan pentadbiran,” kata beliau.

Kisah Muhamed al-Qiq telah berjaya membawa isu tahanan Palestin kepada media dan masyarakat dunia. Tahanan Zionis ke atas beliau telah mendapat kecaman oleh PBB, Amnesty International dan beberapa kumpulan hak asasi lain.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts