Pembunuh Abu Khdeir tidak akan bayar pampasan kerana “tidak ada wang”

BAITULMAQDIS, 5 Jun 2018 — Pihak pendakwaraya Zionis enggan menerima fail tuntutan mahkamah ke atas keluarga tiga pendatang Yahudi yang menculik dan membunuh remaja Mohammed Abu Khdeir di Baitulmaqdis pada bulan Julai 2014, atas alasan “mereka tidak mempunyai wang”.

Keputusan tersebut bercanggah dengan hukuman yang telah dikenakan ke ats dua keluarga Palestin di mana anak-anak mereka dituduh menyerang kepentingan Zionis dan diarah membayar pampasan sebanyak 10 juta Shekel, walaupun mereka adalah keluarga miskin.

Dalam kes pembunuhan Abu Khdeir, pendatang Yahudi Haim Ben-David dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan tambahan 20 tahun lagi, dan denda sebanyak 150,000 Shekel. Seorang lagi rakannya yang terlibat telah dihukum penjara seumur hidup, dan pembunuh ketiga dikenakan hukuman penjara selama 21 tahun serta denda sebanyak 30,000 shekel.

Keluarga Abu Khdeir memfailkan tuntutan pampasan sebanyak 5.6 juta Shekel.

(PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts