GURUN NAQAB, 28 Ogos 2018 — Pemimpin dan tokoh masyarakat Badwi di perkampungan al-Araqeb, Sheikh Sayyah al-Turi, dihukum penjara selama 10 bulan dan denda sebanyak 36,000 Shekel serta diharamkan memasuki kawasan kampungnya oleh Mahkamah Pusat Zionis di Beersheba hari ini.
Tentera Zionis memusnahkan perkampungan al-Araqeb sebanyak 132 kali sejak tahun 2010, untuk menghalau penduduk keluar dan memberi laluan kepada pembinaan sebuah bandar khusus untuk pendatang Yahudi.
(Maan)