Pemimpin penduduk Burqah ditangkap

NABLUS, 16 Mei 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis tengahari tadi menangkap ketua majlis penduduk di perkampungan Burqah, Sami Daghlas, 58, kerana turut serta dalam satu perarakan aman solidariti tahanan mogok lapar di barat kota Nablus.

Keluarga tahanan Palestin melaporkan bahawa tentera menyekat perarakan di sekatan tentera al-Tanib dan menyerang mereka. Tentera turut memukul ganas Sami sebelum mengheret beliau ke kem tentera Huwara di selatan kota Nablus.

Beberapa peserta perarakan yang lain turut ditahan sebelum dibebaskan semula setelah tentera menutup sekatan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts