Pemuda al-Quds cedera ditembak di kepala

AL-QUDS, 24 Julai 2017 — Seorang pemuda Palestin cedera parah ditembak dengan peluru hidup di bahagian kepala dalam satu pertempuran dengan tentera Zionis di bandar Hizma, timur laut al-Quds, malam tadi.

Mangsa yang berumur 26 tahun itu dikejarkan ke ICU di Pusat Rawatan Palestin di Ramallah dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, tentera Zionis menculik Mohammad Nidal Mansour, 21, dari kem pelarian al-Far’a di selatan Tubas selepas menyekat beliau di sebuah sekatan bergerak berdekatan Lembah al-Bathan, timur laut Nablus. (Maan | IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts