AL-QUDS, 10 Okt 2016 (PIC) — Mahkamah majistret Zionis di al-Quds pagi tadi menjatuhkan hukuman penjara selama 20 bulan ke atas Samer Abu Eisha, 29, selepas enggan mematuhi arahan supaya beliau keluar dari kota suci itu.
Samer ditangkap di ibu pejabat Palang Merah pada 7 Januari lalu, dan kini ditahan dalam penjara Gilbao selepas dipindahkan ke beberapa buah penjara sejak beliau ditahan.