Pemuda Al-Quds dikenakan tanahan dalam rumah di Nazareth

AL-QUDS, 12 Dis 2015 (Maan) — Rejim Zionis semalam membebaskan seorang pemuda Palestin dari kejiranan Beit Hanina di Al-Quds setelah dipenjara selama dua bulan atas kesalahan menyertai satu demonstrasi.

Rushdi Amin Shweiki, 20 tahun, adalah seorang pelajar sebuah universiti di Cyprus yang pulang menziarahi keluarganya ketika insiden berlaku.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 1,500 shekel dan jaminan oleh bapa saudaranya bahawa beliau akan memenuhi semua syarat pembebasan. Beliau dikenakan tahanan dalam rumah di luar kawasan Al-Quds, iaitu di kawasan Nazareth di utara Tebing Barat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts