Pemuda Baitulmaqdis ditangkap semula sejurus selepas bebas dari penjara

BAITULMAQDIS, 1 Julai 2018 — Tentera Zionis hari ini menangkap semula Rami al-Fakhouri, 28, sejurus selepas beliau dibebaskan dari penjara Negev (Gurun Naqab) dan dipindahkan ke pusat tahanan al-Maskoubiyeh untuk disoal siasat.

Rami dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 11 bulan, setelah ditangkap pada bulan Ogos 2017 atas tuduhan terlibat dengan Pergerakan Pemuda Al-Aqsa. Beliau telah beberapa kali ditangkap atas tuduhan berkaitan aktiviti di Masjid al-Aqsa.

Beberapa tahun lalu, Rami kehilangan salah satu matanya dalam satu pertempuran dengan pendatang Yahudi yang menceroboh masuk al-Aqsa.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts