Pemuda Gaza cedera ditembak tentera Zionis

GAZA, 7 Mac 2016 (WAFA) — Tentera Zionis hari ini menembak seorang pemuda¬†Gaza di kawasan sempadan berdekatan kem pelarian al-Maghazi.

Mangsa dibiarkan cedera berdarah ditempat kejadian selama setengah jam, sebelum pasukan ambulan berjaya sampai dan membantu beliau. Beliau kemudiannya dikejarkan ke Hospital Syuhada al-Aqsa di Deri Balah.

Penduduk Gaza terutamanya para petani dan nelayan sering menjadi mangsa tembakan peluru hidup tentera penjajah yang berkawal di kawasan zon penampan di sepanjang sempadan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts