Pemuda Gaza cedera ditembak tentera Zionis

GAZA, 22 Mei 2017 (PIC) — Seorang pemuda Palestin cedera ditembak oleh tentera Zionis dalam satu pertempuran berdekatan sempadan di timur kem pelarian al-Bureij.

Mangsa yang berasal dari kawasan Um Hosniyya itu terkena tembakan peluru hidup di bahagian kaki dan dikejarkan ke Hospital Shuhada al-Aqsa di Deir Balah.

Pertempuran berlaku ketika penduduk mengadakan demonstrasi solidariti tahanan mogok lapar dan membantah kunjungan Presiden Donald Trump ke Beit Lahm.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts