Pemuda Gaza maut ditembak tentera Zionis

GAZA, 30 Sep 2021 — Seorang pemuda Palestin terbunuh ditembak oleh tentera Zionis di timur kem pelarian al-Bureij, di wilayah tengah Gaza, tengahari tadi.

Mohamad Ammar, 41, ditembak ketika sedang memburu burung di kawasan Wadi Abu Qatron, di timur al-Bureij. Bapa kepada tujuh orang anak itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat tembakan di bahagian leher, dan dibawa ke hospital Syuhada al-Aqsa di kota Deir al-Balah.

Terdahulu, beberapa buah buldozer tentera Zionis menceroboh masuk kawasan timur kota Gaza. Sementera segerombolan lagi tentera melepaskan tembakan ke arah sekumpulan petani di timur Khan Younis, selatan Gaza, namun tiada kecederaan dilaporkan.

(Palinfo, Alray)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts