Pemuda Gaza meninggal dunia akibat kecederaan ditembak tentera Zionis

mahmoud2RAMALLAH, 20 Okt 2016 (PNN) — Pemuda Palestin Mahmoud Jamal Jawda meninggal dunia di Hospital Makasid di al-Quds pagi tadi, akibat kecederaan ditembak oleh tentera Zionis pada tahun 2007.

Mahmoud yang berasal dari Gaza ditembak dengan peluru hidup di bahagian tulang belakang ketika pasukan tentera Zionis menyerang masuk kota Ramallah. Sejak insiden tersebut, beliau hidup dalam keadaan lumpuh dan mengalami banyak komplikasi.

Tiga pemuda maut, 19 yang lain cedera dan empat lagi diculik dalam kejadian itu.

Mahmoud telah menjalani beberapa pembedahan, termasuk di Jordan, di mana beberapa anggota badannya terpaksa dipotong.

Beliau berpindah dari Gaza ke Tebing Barat pada tahun 2007.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts