Pemuda Gaza meninggal dunia, angka kematian kini mencecah 126 orang

GAZA, 28 Mei 2018 — Seorang lagi pemuda Palestin meninggal dunia hari ini, akibat kecederaan ditembak oleh tentera Zionis ketika menyertai perhimpunan Great Return March (GRM) di sempadan Gaza.

Naser al-Arini, 28, ditembak di timur Jabalia di utara Gaza beberapa hari lalu.

Sejak bermulanya GRM pada 30 Mac lalu, seramai 126 penduduk Gaza telah terbunuh, termasuk 14 kanak-kanak. Sehingga kini, tentera Zionis masih menahan enam jenazah mangsa.

Sementara lebih 13,000 yang lain tercedera di mana lebih 300 daripada mereka basih dalam keadaan kritikal.

Perhimpunan GRM di adakan di beberapa lokasi di sepanjang sempadan timur Gaza bagi mendesak rejim Zionis dan masyarakat antarabangsa menghormati hak pelarian Palestin kembali ke tanah air mereka, serta menghentikan sekatan zalim ke atas Gaza yang dikenakan sejak 12 tahun lalu.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts