AL-KHALIL, 4 Mei 2016 (PIC) — Tentera Zionis petang tadi melepaskan tembakan ke arah seorang pemuda kurang upaya Palestin di utara al-Khalil, menyebabkan beliau tercedera parah.
Aref Jaradat yang mempunyai masalah mental diarahkan berhenti ketika sedang berjalan di bandar Seir. Malang sekali, beliau tidak memahami arahan tentera tersebut dan terus berjalan.
Tentera bertindak melepaskan tembakan ke mangsa sehingga mencederakan bahagian bawah badannya dan membiarkan mangsa berdarah, sebelum dibawa ke sebuah hospital.