Pemuda kurang upaya ditembak mati oleh tentera Zionis

TULKAREM, 4 Dis 2018 — Pemuda kurang upaya Mohammad Husam Abdul-Latif Habali, 22, ditembak mati awal pagi tadi, ketika pasukan tentera Zionis menyerang masuk kota Tulkarem sambil melepaskan tembakan ke arah penduduk.

Mohammad Husam dikejarkan ke Hospital Thabet Thabet selepas ditembak di bahagian dada dan kepala dari jarak dekat, dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Seorang lagi pemuda turut tercedera ditembak apabila pertempuran tercetus di tempat kejadian.

Pada masa yang sama, tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah penduduk, merosakkan barangan dan perabot.

Tentera Zionis meningkatkan operasi di wilayah Tulakrem bagi memburu Ashraf Na’luwa yang dituduh menembak mati dua pendatang Yahudi di zon industri Burqan pada 7 Oktober lalu.

(PIC, Maan, IMEMC, Alray, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts