Pemuda Palestin bakar menara tentera Zionis di Beit Ummar

AL-KHALIL, 5 Jun 2018 — Sekumpulan pemuda Palestin pagi tadi menyerang sebuah menara tentera Zionis di laluan masuk utama ke bandar Beit Ummar di utara kota al-Khalil dengan meletupkan bom buatan sendiri.

Ketika kejadian, pertempuran sengit tercetus di antara tentera penjajah Zionis dan kumpulan pemuda Palestin. Pemuda Palestin membaling sebutir bom yang kemudiannya meletup berdekatan menara tersebut, mencetuskan suasana panik di kalangan tentera Zionis.

Susulan kejadian, pasukan tambahan tentera Zionis dikerah dari kawasan penempatan haram Etzion. Mereka kemudiannya mengisytihar kawasan tersebut sebagai zon larangan tentera.

Rumah-rumah penduduk Palestin dipecah masuk, dan kenderaan disekat serta diperiksa dengan teliti sepanjang kempen tentera Zionis cuba memburu pemuda Palestin.

Namun tiada tangkapan berjaya dibuat.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts