Pemuda Palestin cedera di Kafr Qaddum

NABLUS, 30 Jun 2017 (PIC) — Seorang pemuda Palestin cedera ditembak dengan peluru getah ketika tentera Zionis menyerang penduduk Kafr Qaddum di barat Nablus yang mengadakan perarakan aman mingguan setiap hari Jumaat.

Perarakan yang bermula selepas solat Jumaat itu bertujuan untuk membantah aktiviti penempatan haram Yahudi dan mendesak sebatang jalan perkampungan tersebut yang ditutup sejak lebih 14 tahun lalu dibuka semula.

Tentera Zionis melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah peserta perarakan, termasuk beberapa orang aktivis keamanan Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts