BAYT LAHM, 31 Jan 2016 (PIC) — Seorang pemuda Palestin cedera ditembak manakala seorang lagi diculik dalam pertempuran yang tercetus di Bayt Lahm, selatan Tebing Barat, petang tadi.
Tentera penjajah Zionis menangkap dan menculik seorang penumpang selepas memberhentikan sebuah kereta berdekatan kawasan penempatan haram Yahudi di Gush Etzion. Mangsa dipukul dengan teruk sebelum diculik, dengan alasan beliau cuba menyerang dan menikam.
Sementara itu seorang lagi pemuda cedera ditembak dengan peluru hidup ketika pertempuran tercetus di bandar Takoa, di timur Bayt Lahm, di mana tentera melepaskan tembakan bom gas pemedih mata dan peluru hidup ke arah kumpulan pemuda Palestin yang bertindakbalas dengan membaling batu dan botol.