Pemuda Palestin cedera ditembak askar Zionis

BEIT LAHM, 2 Sep 2020 — Seorang pemuda Palestin cedera ditembak oleh askar Zionis di laluan masuk utara kota Beit Lahm awal pagi tadi.

Ahmed Abu Akr, 32, cedera di bahagian kakinya apabila ditembak dari sebuah menara tentera berdekatan Masjid Bilal bin Rabah. Mangsa yang berasal dari kem pelarian Aida itu dikejarkan ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.

Penduduk Palestin sering terdedah kepada insiden tembakan ketika berada di kawasan berdekatan menara tentera Zionis di Tebing Barat.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts