Pemuda Palestin cedera ditembak di al-Khader

BEIT LAHM, 27 Jun 2018 — Tentera penjajah Zionis menembak seorang pemuda Palestin di bandar al-Khader di selatan wilayah Beit Lahm hari ini.

Beberapa buah jip tentera Zionis menyerbu kawasan al-Bawwaba di bandar al-Khader, dan menyerang kumpulan pemuda Palestin dengan tembakan peluru hidup, peluru getah dan bom gas pemedih mata.

Mangsa dikejarkan ke sebuah hospital selepas cedera ditembak dengan peluru getah.

Tentera Zionis turut memecah masuk serta menggeledah rumah, di samping menyoal siasat penduduk.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts