Pemuda Palestin cedera ditembak di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 21 Feb 2018 — Beberapa buah jip tentera Zionis petang tadi menyerbu bandar al-Issawiya yang terletak di tengah-tengah kota Baitulmaqdis Timur dan menembak seorang pemuda dengan peluru getah.

Pasukan tentera tersebut melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah secara rambang, sehingga mencederakan Mustafa Amer Mustafa, 28, yang sedang berdiri di hadapan restoran beliau. Beliau jatuh pengsan dan dirawat di sebuah klinik sebelum dikejarkan ke sebuah hospital.

Ketika meninggalkan bandar tersebut, pasukan tentera menahan ambulan yang membawa Mustafa dan merampas kad pengenalan beliau.

(IMEMC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts