Pemuda Palestin cedera ditembak polis Zionis

HAIFA, 23 Jul 2019 — Seorang pemuda Palestin cedera ditembak oleh polis Zionis di kawasan penempatan haram Khadirah berdekatan kota Haifa, di utara Wilayah Palestin 1948 Yang Tejajah, petang semalam.

Pemuda berumur 21 tahun dari Tebing Barat itu dituduh cuba membuat serangan menikam anggota polis. Kenyataan polis Zionis menyebut beliau disekat oleh polis peronda untuk memeriksa kad pengenalanya, namun pemuda tersebut mengeluarkan pisau dan cuba menikam seorang anggota polis.

Beliau secara tiba-tiba ditembak di bahagian kakinya, sebelum dilarikan ke Hospital Helil Yavah di kota Khadirah. Sebelum diberi rawatan, pasukan pemusnah bom berkejar untuk memeriksa pemuda tersebut untuk mengesan sekiranya beliau membawa bahan letupan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts