Pemuda Palestin cedera parah ditembak tentera Zionis

RAMALLAH, 6 Jan 2019 — Seorang pemuda Palestin cedera parah ditembak pagi tadi, ketika tentera penjajah Zionis menggempur kota al-Biereh di tengah Tebing Barat.

Mangsa ditembak dengan peluru getah di bahagian kepalanya, menyebabkan keretakan tengkorak dan pendarahan otak. Beliau dikejarkan ke hospital untuk pembedahan kecemasan.

Puluhan anggota tentera Zionis menyerbu kawasan al-Naloa’ di kota al-Biereh sejak petang semalam, selepas sebuah bas pendatang Yahudi ditembak berdekatan Beit El. Pemandu bas cedera dalam serangan tersebut.

Tentera Zionis melancarkan operasi besar-besaran dengan memecah masuk rumah dan kedai serta merampas rakaman dan peralatan kamera keselamatan, untuk memburu suspek.

(IMEMC, PNN, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts