Pemuda Palestin cedera parah ditembak oleh pendatang Yahudi

BAYT LAHM, 18 Jan 2016 (Maan) — Seorang pemuda Palestin cedera parah ditembak oleh pendatang Yahudi di kawasan penempatan haram Tekoa di Bayt Lahm, selepas didakwa menikam seorang wanita Yahudi.

Insiden berlaku berdekatan sebuah gudang pakaian di kawasan industri penempatan haram tersebut, yang dibina di atas tanah penduduk Palestin. Wanita berusia 30 tahun itu, yang juga dilaporkan sebagai seorang askar Zionis, dikejarkan ke Hospital Shaare Zedek di al-Quds. Manakala pihak tentera Zionis tidak mengeluarkan kenyataan tentang keadaan lelaki Palestin yang ditembak atau ke mana beliau dibawa.

Kawasan penduduk Palestin di sekitar penempatan haram Tekoa kini diletakkan dalam perintah berkurung, di mana penduduk Palestin diperintah tinggal di dalam rumah bagi memberi laluan kepada tentera penjajah mencari mereka yang bersubahat dalam insiden tikaman tersebut.

Rejim Zionis juga membatalkan semua permit kerja ke atas penduduk Palestin yang bekerja di dalam kawasan penempatan haram serta memerintah mereka keluar dari kawasan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts