Pemuda Palestin cedera parah ditembak selepas disyaki menyerang pendatang Yahudi

AL-QUDS, 4 Jan 2015 (Silwanic) — Seorang pemuda Palestin cedera parah ditembak oleh tentera Zionis petang semalam, atas alasan beliau cuba menikam dua orang pendatang Yahudi di kawasan kejiranan al-Musrara berdekatan Pintu Damaskus di al-Quds.

Pemuda yang belum dikenal pasti identitinya itu digari selepas ditembak, dan dibiarkan berdarah tanpa memberi sebarang bantuan. Polis penjajah Zionis melaporkan mangsa sebagai seorang pemuda berumur 17 tahun yang berasal dari utara al-Quds.

Jalan masuk ke Kota Lama al-Quds melalui Pintu al-Amud dan Pintu al-Sahera ditutup, dan tentera Zionis menangkap dua orang pemuda Palestin di kawasan al-Musrara selepas menyerang dan memukul mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts