Pemuda Palestin cedera parah ditembak tentera Zionis

TULKAREM, 11 Jan 2016 (IMEMC) — Tentera Zionis menembak seorang pemuda Palestin dari perkampungan Saida apabila beliau dikatakan cuba menikam tentera Zionis berdekatan penempatan haram Harmesh di bandar Tulkarem.

Mangsa, Zeid Maher Mohammad al-Ashqar, mengalami kecederaan parah. Ambulan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin yang tiba sejurus selepas kejadian dinafikan mendekatan mangsa. Sebaliknya sebuah ambulan tentera Zionis membawa mangsa ke sebuah hospital.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts