Pemuda Palestin cedera sesak nafas diserang tentera Zionis

AL-KHALIL, 11 Apr 2017 (PIC) — Sebilangan pemuda Palestin yang menyertai perhimpunan membantah penjajah Zionis di Beit Ummar, utara al-Khalil, malam tadi cedera sesak nafas diserang oleh tentera.

Pertempuran tercetus di kawasan al-Dhuhr, berdekatan pos penempatan haram Karmi Tsur. Tentera penjajah melepaskan tembakan gas pemedih mata secara rambang dan menyekat laluan utama bagi penduduk Palestin yang menuju ke kawasan Sh’an al-Seir.

Pada masa yang sama, peronda tentera Zionis yang berkawal di sekatan Beit Jala mengarahkan pemuda yang berasal dari Beit Ummar, Khalil Abu Mariya, 25, supaya hadir untuk disoal siasat di kem Etzion. Tentera turut menculik pelajar Mootassem Brighith, 20, di sekatan tentera di Jaba’ di utara al-Quds ketika dalam perjalan pulang dari Ramallah.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts