Pemuda Palestin Dibunuh Di Kem Pelarian Shuaafat

BETHLEHEM, 8 Okt 2015 (Maan) — Seorang pemuda Palestin terbunuh dan enam yang lain tercedera, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal, dalam serangan tentera Zionis ke atas kem pelarian Shuaafat di Al-Quds Timur.

Tentera Zionis dilaporkan menyerang kem dan cuba memecah masuk ke dalam rumah Subhi Abu Khalifa yang disyaki menikam seorang lelaki Yahudi Ortodoks di kejiranan Sheikh Jarrah di Al-Quds Timur.

Wissam Faraj, 20 tahun, ditembak dibahagian jantung dengan peluru letupan “dum dum” dan mati ketika pertempuran yang tercetus ekoran serangan tersebut. Enam yang lain tercedera akibat tembakan peluru hidup dan 35 lagi terkena tembakan peluru getah.

Puluhan askar Zionis dan helikopter mengepung kem tersebut ketika mereka cuba memasuki rumah Subhi Abu Khalifa.

Sekurang-kurangnya 800 orang Palestin tercedera sejak Sabtu lalu, di mana 60 daripada mereka ditembak dengan peluru hidup.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts