Pemuda Palestin dibunuh selepas tikam pengawal Yahudi

AL-KHALIL, 7 Feb 2018 — Seorang pemuda Palestin ditembak mati selepas menikam seorang pengawal keselamatan Yahudi di laluan masuk kawasan penempatan haram Karmei Tzur di wilayah al-Khalil pagi tadi.

Pemuda terbabit, Hamzeh Youssif Zamaareh, 19, memandu sebuah kenderaan dan berhenti untuk menikam seorang pengawal keselamatan sebelum seorang pengawal keselamatan lain menembak dan mencederakan beliau.

Pengawal yang ditikam dirawat di tempat kejadian oleh paramedik Yahudi sebelum dikejarkan ke hospital. Hamzeh bagaimanapun dibiarkan cedera berdarah tanpa sebarang bantuan.

Susulan kejadian, tentera Zionis bergegas memeriksa tempat kejadian. Mereka turut menyerbu rumah keluarga Zamaareh, sehingga mencetus pertempuran dengan penduduk.

Insiden ini berlaku hanya dua hari selepas seorang pendatang Yahudi mati ditikam oleh pemuda Palestin, Abdulkarim Assi, di kawasan penempatan haram Ariel.

(PIC, Maan, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts