Pemuda Palestin didakwa cuba bunuh 2 Yahudi

BEIT LAHM, 3 Nov 2016 (Maan) — Mahkamah Zionis di al-Quds menfailkan tuduhan ke atas pemuda Palestin Murad Rajabi, 20, atas dakwaan melanggar dua orang Yahudi menggunakan motorsikal pada bulan Oktober lalu.

Semasa kejadian, Murad dikatakan melanggar dua mangsa tersebut secara sengaja dan kemudian bergaduh dengan mereka sehigga menyebabkan kecederaan ringan.

Pada mulanya polis Zionis menganggap kejadian tersebut sebagai satu kemalangan, tetapi kemudiannya mendakwa telah menemui sebilah pisau di tempat kejadian dan menahan Murad kerana disyaki cuba membuat serangan menggunakan pisau.

Pemuda dari kejiranan Silwan di al-Quds Timur itu dituduh atas kesalahan cuba membunuh dan membawa senjata.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts