RAMALLAH, 28 Nov 2016 (Maan) — Mahkamah Pusat Zionis di kota al-Ludd menjatuhkan hukuman penjara selama 16-setengah tahun dan denda sebanyak 100,000 shekel (RM115,000) ke atas Tamer Yunis Wreidat, 26, apabila disabit bersalah melakukan serangan menikam.
Pemuda dari perkampungan al-Dhahiriya di al-Khalil itu ditangkap pada 7 Oktober 2015 selepas dituduh menikam dan menyebabkan seorang Yahudi cedera ringan di dalam sebuah pusat membeli belah di Petah Tikva.