Pemuda Palestin dihukum penjara selama 25 tahun

BEIT LAHM, 1 Jun 2016 (Maan) — Sebuah mahkamah Zionis hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun ke atas Alaa Zayud, 22, atas tuduhan terlibat dalam menyerang dan mencederakan dua askar Zionis pada bulan Oktober lalu.

Pemuda dari perkampungan Umm al-Fahm di daerah Haifa itu dikatakan mengaku mengaku terlibat dalam insiden melanggar mangsa di bandar Hadera, sebelum dituduh menikam dua lagi askar.

Begaimanapun, ketika sesi perbicaraan Alaa menafikan membuat sebarang serangan, sebaliknya beliau telah hilang kawalan kenderaannya. Beliau didakwa dengan empat pertuduhan cubaan membunuh dan membawa pisau untuk melakukan serangan “perkauman.”

Beliau turut diarah membayar pampasan sebanyak 40,000 shekel (RM42,650) dan 150,000 shekel (RM159,930) kepada dua askar terbabit. Menurut hakim, hukuman tersebut dibuat bagi mencegah penduduk Palestin melakukan cubaan menyerang Yahudi. Alaa turut digugurkan status warganegara “Israel”.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts