Pemuda Palestin dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan

NABLUS, 27 Jun 2016 (PIC) — Mahkamah tentera Salem menjatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan dan denda sebanyak 3,000 shekel (RM3,200) ke atas pemuda dari bandar Kafr Qallil di selatan Nablus, Baraa al-Amer, 19.

Baraa merupakan seorang pelajar universiti dan anak kepada jurnalis Nawwaf al-Amer. Beliau dikurung dalam penjara Megiddo sejak ditangkap dua bulan lalu.

Beliau sebelum ini dikurung dalam penjara Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Nablus dan Beit Lahm.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts