Pemuda Palestin dijatuhkan hukuman penjara 16 tahun

AL-QUDS, 23 Okt 2017 — Sebuah mahkamah daerah Zionis hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun ke atas pemuda Bahaa Eweisat, 22, atas tuduhan cuba membunuh dengan serangan menikam.

Pemuda yang berasal dari kejiranan Jabal al-Mukabbir di kota al-Quds itu dituduh menunggu di kawsan penempatan haram Nor Zion dengan membawa sebilah pisau, untuk menikam seorang anggota polis yang bertanyakan pengenalan beliau pada bulan Oktober 2015 lalu. Bahaa dikatakan enggan menjawab dan sebaliknya cuba menikam pegawai tersebut.

Keluarga Bahaa bagaimanapun membantah keras tuduhan tersebut.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts