Pemuda Palestin dikenakan tahanan pentadbiran selepas tamat hukuman penjara 15 tahun

NABLUS, 14 Jun 2016 (PIC) — Rejim Zionis mengeluarkan arahan tahanan pentadbiran tanpa pendakwaan ke atas Bilal al-Bourini, hanya beberapa jam sebelum beliau dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 15 tahun.

Pemuda yang berasal dari bandar Asirah Ashamaliya di Nablus itu ditahan pada tahun 2001 atas tuduhan terlibat dengan Briged Abu Ali, sayap tentera Pergerakan PFLP.

Bilal dikurung secara berseorangan sejak lapan bulan lalu. Bapa beliau meninggal dunia 18 bulan lalu ketika Bilal berada dalam tahanan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts