NABLUS, 27 Jan 2016 (PNN) — Mahkamah tentera Salem menjatuhkan hukuman penjara selama 14 bulan, di samping 18 bulan hukuman tertangguh, ke atas Mamdouh Abdulhaq atas tuduhan menghasut melalui laman sosial Facebook.
Mamdouh, 25 tahun, yang berasal dari Nablus disabitkan dengan 21 pertuduhan, termasuklah mengaitkan beliau dengan Hamas, membuat hasutan ke atas rejim penjajah dengan memaparkan foto Sheikh Ahmad Yassin, dan juga membuat iklan supaya menyertai perarakan membantah penjajahan Zionis.
Beliau ditangkap dalam satu serbuan ke atas rumahnya pada 30 November lalu. Mamdouh pernah dipenjara selama dua tahun di bawah tahanan pentadbiran, tanpa sebarang pengadilan mahupun pertuduhan.
Sepanjang tahun 2015, tentera penjajah Zionis menangkap 130 penduduk Palestin atas tuduhan berkaitan dengan penggunaan laman sosial Facebook. 27 daripada mereka dituduh membuat hasutan, manakala yang lainnya ditahan di bawah tanahan pentadbiran.