AL-QUDS, 18 Ogos 2016 (PIC) — Polis Zionis semalam menangkap pemuda Ahmed Ashayer, 20, atas tuduhan cuba menikam pendatang Yahudi di kejiranan Attur di timur al-Quds beberapa hari lalu.
Menurut kenyataan polis, Ahmed menikam dan mencederakan pendatang Yahudi tersebut di Jabal Zaitun pada 11 Ogos lalu dengan menggunakan sebatang kayu tajam.